Friday, April 4, 2008

RENONGAN DIAMBANG SENJA

Marilah kita semua merenong sejenak ketika dan tekala waktu hampir senja, kemanakah arah tujuan yang sebenar. Dalam dakapan usia yang semakin berkurangan dan ingantan yang pudar janganlah kita mengabaikan apa yang Allah kurniakan .
Wahai semua yang bergelar pemimpin, jadilah kita sebagai hambanya yang bersyukur dan jujur dengan amanah yang telah diberikan dan janganlah ianya diambil kesempatan untuk yang lain.
Kesungguhan melaksanakan tanggungjawab itulah yang dikehandaki oleh seluruh rakyat jelata,
Marilah kita mengambil iktibar apa yang berlaku dalam PRU ke 12 . kepada yang berjaya ingatlah kuasa tidak akan berkekalan dan sempurnakan apa yang telah dijanjikan walaupun tidak sebesar mana
Kepada yang kurang bernasib baik , itu adalah satu pengajaran mungkin kerana sikap keangkuhan dan meperkecil kecilkan kehebatan orang lain. Bahawa Allah lebih mengetahui dariapa yang kamu fikirkan .
Marilah kita wahai pemimpin, musahabah diri agar tidak keterlaluan dalam apa urusan dunia dan akhirat.
Salam hormat dari rakyat yang kerdil

Wassalam.